Teknologi - En. Hasnan bin Hassan

SINOPSIS ARTIKEL

Matematik merupakan satu mata pelajaran teras dalam kurikulum pendidikan. Tujuan Matematik diajar adalah untuk melahirkan individu yang mampu mengaplikasikan ilmu Matematik dalam kehidupan seharian. Ramai dalam kalangan pelajar sekolah menghadapi masalah dalam memahami dan menguasai mata pelajaran Matematik. Tajuk yang sering dihadapi masalah ialah transformasi. Bagi menyelesaikan masalah dalam tajuk transformasi ini maka perisian Geometer's Sketchpad (GSP) dijangka dapat membantu guru mengatasinya. Perisian GSP ini dapat membantu guru menerangkan konsep transformasi dengan lebih mudah serta dapat menerangkan proses transformasi dengan lebih jelas kerana pelajar dapat melihat semua pergerakan yang berlaku ke atas objek ketika sesuatu permasalahan diselesaikan.
     Penggunaan perisian GSP adalah sejajar dengan prinsip pembelajaran secara konstruktivisme iaitu menggalakkan pelajar berfikir untuk menyelesaikan masalah, menjana idea dan membuat keputusan yang bijak. Selain itu GSP merupakan program yang dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang sihat. Ini kerana pelajar akan diberi peluang untuk membuat simulasi dan membayangkan perkara sebenar. Kini perisian GSP telah mula digunapakai di beberapa buah sekolah di Malaysia bagi mengajar tajuk-tajuk tertentu dalam mata pelajaran Matematik. Maka adalah disarankan perisian ini diperluaskan penggunaannya di sekolah-sekolah di seluruh Malaysia .

2 comments:

juana said...

ini artikel taraf bdk uni nie...sek rendah mesti tak paham

watie said...

Sinopsis artikel di atas adalah berkaitan dengan penggunaan perisian komputer yang dikenali sebagai Geometer's Skecthpad (GSP) dalam P&P Matematik. Walaupun GSP lebih dikenali di sekolah menengah tetapi guru di sekolah rendah boleh menggunakan perisian ini sebagai salah satu bahan bantu mengajar, terutamanya dalam tajuk Bentuk dan Ruang.

Post a Comment