Teknologi - En. Hasnan bin Hassan

Nasihat Nabi s.a.w kepada Ali r.a

Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yang haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Merahsiakan ibadahnya
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yang menimpanya.

Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Semoga diberi taufiq dan hidayah untuk kita memiliki kesemua sifat-sifat tersebut amiin…

3 comments:

Norma said...

Info yang banyak manfaat untuk saya dan rakan...Kita umat Islam perlu amalkan sifat yang baik...pastinya, kita akan mendapat ganjaran daripada ALLAH....

watie said...

Mudah-mudahan begitulah hendaknya...InsyaAllah..

upinipin said...

untuk tatapan kita semua...jom follow n komen blog sy yg x seberapa.tq

Post a Comment